tips manage stress

"arrrh!! tensionnya" macam tu la ayat yang selalu keluar dekat mulut semua orang..tak kira budak sekolah.,menengah , universiti , orang yang berkerja hatta orang yang dah pencen pun selalu tension... tapi stress sebenarnya baik untuk kita , tapi kebanyakkan kita tidak dapat mengawal stress dengan baik. jadi jiea nak sharing tips macam mana nak handle stress kita dengan baik dan berkesan

  • Senyum .

1 cara yang paling senang dan tak payah keluar sampai beribu-ribu ringgit. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..try 2 ok



  • Bersendirian.

Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Kalau jiea ,jiea lebih suka bersendirian sambil dengar lagu favourite jiea.. jadi take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.so dari situ kita dapat berfikir dengan lebih rasional



  • Bertenang.

Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.




  • Berbuat baiklah pada insan.

 Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Memang pada waktu ini ,kita mesti nak cari sesuatu yang boleh kita lepaskan stress kita..tambah bila ternampak sesuatu yang menjadi punca yang kita menjadi stress .Seandainya korang. terlihat seseorang yang boleh membuatkan korang stress, adalah lebih baik korang janganlah memandang dia. Terus jika korang mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal

  • Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.

 Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan. So belajar memaafkan orang lain alright!

  • Peluk

. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

  • Lavender.

 Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).dan jiea memang penggemar laverder memang jiea akui memang dapat mendamaikan perasaan kita..apa salahnya kita keluarkan sedikit wang beli pewangi letak dekat bilik .. macam-macam jenama ada ..ok!

  • Allah.

 Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..jadi apa yang penting kalau kita terlalu stress..ambik wudhuk,sembahyang sunat ,mintak pentunjuk kepada Allah..dan buat amalan2 lain seperti baca al-quran zikir dan sebagai nya




  • Ceria.

Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.kadang-kadang ceria dapat membantu kita melupakan seketika perkara yang membuat kita menjadi stress ..so be happy


jadi ,,do be stress anymore ok ..




trimas membaca entry kali ini

No comments:

Post a Comment

salam
sila letak komen anda yang best-best dekat sini