Jodoh Itu rahsia Allah

lama jiea tak update blog jiea nie ..rasa dah bersawang dah blog jiea nie.huhuh ( klu lah labah-labah bleh membiak ,jiea rasa dah brape generasi tak tau ) . jiea kali ni nak shate kepada korang semua sal jodoh. kalau cerita pasal jodoh, semua manusia dekat muka bumi ini tak tahu siapa jodoh kita walhal Allah sudah termaktub siapa pasangan kita sejak dari dalam rahim lagi. tapi jiea sekarang pelih ( plus bingung) ramai yang antara kita yang kecewa tahap gunung everest bila putus ngan bf/gf . sedangkan kita tak tahu mungkin dia bukan jodoh kita . bercinta kalah romeo ngan juliet pun kadang-kadang putus ditengah jalan jugak. ada pulak kes gaduh la ..pantang jumpa macam nak perang tapi sampai naik pelamin . itulah dinamakan jodoh . jodoh boleh diklassifikasikan dalam islam dalam 3 bentuk

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

jadi kita nak pilihan yang mana? tepuk dada tanyalah hati. jadi dari sekarang belajarlah mencintai Allah lebih dari segalanya ..kerana hanya Allah sahajalah yang dapat menemani kita disaat susah mahupun senang.hanya Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk menjadi pendamping kita yakni jodoh

petua untuk mendapat jodoh yang baik mengikut pandangan islam
  • memperbanyakan istigfar
  • memperbanyakkan Sholat dhuha, diantara rezeki yang baik adalah jodoh
  • bersikap optimis, dalam sesuatu perkerjaan yang kita buat
  • memperbanyakan sedekah
  • Mohon doa daripada ibu bapa @ orang yang soleh
  • Tawakkal sepenuh hati. “Allahumma ya ALLAH tunjukkanlah berikanlah
  • Tidak salah meminta bantuan rakan kpd hamba pasangan terbaik disisiMU sehingga hamba semakin mendekat padaMU…aamiin”.
  • Jaga ibadat kita ( solat ,puasa dan sebagainya)
  • Jaga perlakuan dan tingkat laku kita
  • Banyakan membuat solat istikharah
petua tu just guide ja .apa yang penting keikhlasan kita dalam menjalni hidup kita sebagai hamba Allah.okey jiea dah x larat nak menaip dah .. jiea akhiri ngan doa mendapat jodoh ..semoga mustajab
huhuhuh ok darrr







trimas membaca entry kali ini