resepi bihun singapore

hai-hai semua.. excited jiea kali nie nak kongsi resepi yang agak mudah gak..anak dara yang baru berjinak-jinak nak masak pun blh follow je resepi bihun singapore nie..hehehe ..k semua boleh mulakan ..let set start go!! :)
APA YANG PERLU ADA
  • 1/2 bungkus bihun-direndam hingga lembut & tos
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah-ditumbuk halus
  • 1 sudu udang kering-ditumbuk halus
  • 1 cawan udang basah
  • 1 keping dada ayam-hiris nipis2
  • 1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
  • 1 cawan taugeh
  • 1/2 batang carrot-di parut kasar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos tiram
  • 2 biji telur
  • Minyak secukupnya


-LANGKAH PERLAKSANAAN 
  • Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak,angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak,tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan udang dan ayam.Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam.Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Gaul sebati hingga masak.Last sekali masukkan telur hancur, gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan juga hirisan limau kasturi...Kalau suka pedas boleh juga dimakan bersama sambal kicap..
Ok yang lain tu korang boleh letak .. kalau tak letak ayam ,boleh letak protein lain macam udang ke sotong ,, ikut kepada kreativiti dan kesukaan korang... and the last one jeng...jeng..jeng


p/s sumber gambar sposor by abang google

ok hope korang berhasil menyediakan juadah nie... k gud luck yang baik datang dari Allah ,,yang buruk datang atas kelemahan kita sendiri 





trimas membaca entry kali ini

No comments:

Post a Comment

salam
sila letak komen anda yang best-best dekat sini