- Senyum .
1 cara yang paling senang dan tak payah keluar sampai
beribu-ribu ringgit. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita
akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang
-sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum
dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..try 2 ok
- Bersendirian.
Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk
mencari ketenangan seketika. Kalau jiea ,jiea lebih suka bersendirian sambil
dengar lagu favourite jiea.. jadi take time disitu sebab kita berhak untuk
mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar
dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada
keadaan yang lebih baik.so dari situ kita dapat berfikir dengan lebih rasional
- Bertenang.
Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik
nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri
anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana
keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu
sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut
sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
- Berbuat baiklah pada insan.
Cuba kurangkan
perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Memang pada waktu ini
,kita mesti nak cari sesuatu yang boleh kita lepaskan stress kita..tambah bila
ternampak sesuatu yang menjadi punca yang kita menjadi stress .Seandainya
korang. terlihat seseorang yang boleh membuatkan korang stress, adalah lebih
baik korang janganlah memandang dia. Terus jika korang mendengar akan
percakapannya adalah lebih afdal
- Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Bunyi memang senang
tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus
anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada
dan sekaligus stress anda akan berkurangan. So belajar memaafkan orang lain
alright!
- Peluk
. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati
jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik
perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung
(teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan
peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan
cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
- Lavender.
Bagi yang suka pada
aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress
anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh
mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu
malam).dan jiea memang penggemar laverder memang jiea akui memang dapat
mendamaikan perasaan kita..apa salahnya kita keluarkan sedikit wang beli
pewangi letak dekat bilik .. macam-macam jenama ada ..ok!
- Allah.
Ikutilah perintah dan
suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait
ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..jadi apa yang penting
kalau kita terlalu stress..ambik wudhuk,sembahyang sunat ,mintak pentunjuk
kepada Allah..dan buat amalan2 lain seperti baca al-quran zikir dan sebagai nya
- Ceria.
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada
disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia
ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.kadang-kadang
ceria dapat membantu kita melupakan seketika perkara yang membuat kita menjadi
stress ..so be happy
jadi ,,do be stress anymore ok ..
No comments:
Post a Comment
salam
sila letak komen anda yang best-best dekat sini